Pengenalan


APA ITU PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA???

Pertubuhan Belia Pembimbing Rakan Sebaya  adalah kelompok manusia yang sentiasa mencuba untuk menimba ilmu dan cuba menjadikan diri lebih baik dengan menggunakan “Motivasi dan Dorongan” sebagai salah satu medium untuk berubah. PBPRS ini terdiri daripada semua golongan tanpa megira kaum, bangsa dan agama. PBPRS ini juga terdiri daripada masyarakat yang berbilang status . Ia bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. PBPRS ini juga bertujuan untuk membendung dan mengatasi masalah sosial yang berlaku dalam kalangan belia pada hari ini malah ia juga bertujuan untuk merapatkan jurang perkauman di dalam kalangan para belia di Malaysia dengan menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri .


MENGAPA ANDA PERLU MENYERTAI PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA  ???

Ia bertujuan untuk mendidik dan membimbing kanak-kanak, belia dan golongan dewasa di Malaysia melalui beberapa aspek ke arah kemenjadian diri yang positif, 

  • Melatih ahli pertubuhan untuk mempunyai personaliti diri yang baik dan mantap melalui Beberapa program kemahiran yang boleh di ikut.
  • Stabil dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
  •  Mampu berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif serta berkemahiran dalam menghadapi cabaran semasa
  • Melahirkan masyarkat Malaysia yang setia akan Negara, raja dan undang-undang serta menjadi ahli komuniti yang berguna kepada masyarakat dan Negara dan seterusnya melahirkan generasi muda yang mampu mendukung cita-cita dan aspirasi Negara
  • Memberi peluang dan pendedahan kepada ahli pertubuhan dari aspek kepemimpinan dan mampu membimbing rakan-rakan yang sebaya dengan mereka supaya mampu berfikir secara matang dan seterusnya menjadi salah sebuah platform bagi menangani gejala social yang menular.
  • Melahirkan ahli pertubuhan yang berkualiti berdasarkan sistem ujian kecekapan kemahiran yang telah disediakan.


MOTO PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

“Bimbing Diri Untuk Membimbing Orang Lain “


MATLAMAT PERTUBUHAN BELIA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

“Membina Intergriti Bangsa Melalui Kepemimpinan Dan Kemenjadian Diri“


SIAPA SASARAN KAMI ?..

1. Pelajar Sekolah
2. Pelajar Universiti
3. Penjawat Awam
4. Pelajar Lepasan Sekolah
5. Sesiapa sahaja yang berminat dan berumur dalam lingkungan 15-40


PERTUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SISWA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Pertubuhan ini telah ditubuhkan pada tahun 2012. Namun, pelaksanaannya tidak berjalan dengan lancar. Tiada perkembangan dan pergerakan pelajar yang berlaku. Pada 25-27 mei 2013 sebuah program Training of trainers telah dijalankan. Seramai 22 orang guru pelatih institut pendidikan guru kampus darulaman telah mengikuti bengkel ini. pada masa yang sama, pelantikan ahli jawatankuasa telah berlangsung. Oleh itu, pertubuhan ini telah mula mengorak langkah selepas pelantikan jawatankuasa pada 26 Mei 2013.

Semoga pertubuhan pembimbing rakan siswa institut pendidikan guru kampus darulaman berjaya melakar sejarah dan mampu mewujudkan komuniti yang sihat dan cergas daripada semua aspek.


ANTARA LATIHAN KEMAHIRAN YANG DIBERIKAN KEPADA AHLI PERTUBUHAN
  • Kemahiran Etiket Sosial
  •  Kemahiran Kendiri
  • Kemahiran Kepemimpinan
  • Kemahiran Pengucapan Awam
  • Kemahiran Pengurusan Tekanan
  • Kemahiran Pengurusan Mesyuarat
  • Kemahiran Ikhtiar Hidup
  • Kemahiran Perkhemahan
  •  Kemahiran Gajet / Ikatan
  • Kemahiran Inventori
  • Kemahiran Lanjutan
  • Kemahiran Istiadat
  • Ujian Kemahiran Latihan
  • Kemahiran Equation
o   Emotional Equation
o   Quranic Equa


LOGO
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA




LOGO
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
Laman sesawang Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 
(sila klik pada link) :
IPGK Darulaman




LOGO
PEMBIMBING RAKAN SISWA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
Padi melambangkan negeri kedah yang kaya dengan hasil padinya. Pemilihan warna ungu sebagai warna latar adalah bagi menonjolkan warna asas pembimbing rakan sebaya. Manakala tangan tersebut merupakan simbol perpaduan serta sikap keterbukaan dalam menerimma sesiapa sahaja tanpa syarat untuk saling bantu membantu dan hormat menghormati. Manakala simbol berbentuk hati melambangkan keharmonian, kasih sayang dan semangat cintakan kedamaian.

No comments:

Post a Comment